Saturday, October 31, 2009

Anugerah Perkahwinan 6.7.2008


Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan sebuah kehidupan yang bahagia. Setelah diijabkabulkan pada 6 Julai 2008, kehidupanku berubah setelah 2 bulan kemudiannya dikhabarkan berita gembira buat setiap pasangan yang telah berkahwin, bakal menerima cahaya permata ??? Indahnya perkhabaran... Buat ku tersenyum dan bahagia setiap hari setiap bulan sehingga akhirnya masa untuk bersalin anak pertamaku di HUKM. Alhamdulillah, lahirlah seorang baby lelaki yang kami beri nama Muhammad Syabil Fitrie bin Mohd Fauzie pada 10 April 2009. Kini, babyku sudah pun menjangkau 6 bulan lebih. Pelbagai keletah yang ditunjukkan membuatkan mama dan papa tersenyum dan gelak ketawa. Gelaran baby pujaan ini telah diberikan oleh moyang Syabil sehingga ke hari ini... Wajah anak mama dan papa yang ku sayang... We all love u so much sayang....

No comments:

Post a Comment